Thursday, December 20, 2012

Precious Moment; Entering 2nd Phase of Pregnancy. Review Story of 1st Phase of Pregnancy.

Precious Moment; Entering 2nd Phase of Pregnancy. Review Story of 1st Phase of Pregnancy.

Saat aku up entry ni aku baru je lepas kemas bilik and baru nak mula melipat kain yang menggunung dalam bakul! :p What a lazy me lah kan. Yes, Lately aku rasa cepat letih and nafas cungap-cungap. Actually entry ni dah dalam draft for about 2-3days. Tak dan nak up lagi. Now inilah masanya :)


Fasa pertama pregnancy baru je berlalu. Terlalu banyak kenangan during that precious moments. Masa fasa pertama ritu mual-mual tak usah cakap. Tak kira masa tak kira tempat. Betullah kata orang masa first three months ibu mengandung akan mengalami macam-macam alahan. Ada sesetengah tu sampai 9 bulan pregnancy masih lagi mengalami alahan tu. Untuk aku, masa first 3 months aritu agak heavy jugak. Dengan cabaran hidup. Kesihatan terumbang-ambing. Kasih sayang suami and little tiny buat aku makin kental harungi moment indah ini. Yes INDAH!



Month 1 (1-4weeks).


First check guna UPT masa aku kena outstation ke Padang Besar, Perlis. Kebetulan pegi naik flight. Sampai KLIA aku terus menuju Farmasi Pusrawi. Wow surprising ya, di epot pregnancy test is real cheap! haha. terus aku beli u ols! It just cost me less than RM5/UPT. Di farmasi luar epot its up to RM8/UPT. Pricey kan?
Check in hotel kat Putra Palace Hotel, Perlis aku eager to try the pregnancy test. And surprisingly the result's is DOUBLE line! ouch!! betul ke ni? betul ke ni????



Rasa nak lompat bintang. Rasa nak pelok husband. *Tapi husband tittew takde time tu. So tahan-tahannn...*. And macam-macam rasa. Tapi tak kesampaian weh. Sebab I am alone. haha! Malam nak tido usap-usap perot. Doa semuga semuanya baik-baik sahaja. Aku siap simpan UPT tu sebagai bahan nak surprise Husband. teehehehe.

Balik je dari outstation dari epot terus balik BP. Otw tu aku ckp kat husband ada surprise. hehe. Dah aku ckp surprise kan, dia eager la nak tau apa. Then, bila aku ckp "I am an expecting mommy!", "Ayg pregnant!". Muka dia langsung tak percaya! huhu. Dan-dan tu jugak ajak aku p Guardian beli UPT lagi sekali. Bukan 1, bukan 2 tapi dia amik 3! Aku cakap napa amik banyak2. He said, biar confirm. :) Sampai BP aku gunakan ketiga-tiga UPT tu. Dan the results are DOUBLE line! Dia punya seronok sampai tergamam muka. Hehe. Then we hug kuat-kuat.


  • At this stage aku dah mula rasa tak sedap badan.
  • Selera makan masih ok.
  • Simptom muntah-muntah dan mual-mual masih belum wujud waktu ni.
  • Bau apa-apa pun masih maintain lagi (Masih boleh hadap lagi). Nasi pun masih lagi lancar untuk aku telan.
  • Apa-apa makan masih boleh terima. Tak tolak langsung.
  • Takde mengidam apa-apa masa ni.


Satu insiden tragis berlaku dalam stage ni. If not mistaken time tu baru 3rd weeks kot. Kitorg excident. Agak teruk sebab kereta jadi mcm tin sardin kena pijak. Otw back dari Wedding BFF. Sedih tak terkata aku waktu tu. Menangis dan-dan tu jugak. Dengan keadaan terkejut pastu tgk kereta aku yang dibayar bulan-bulan dengan hasil titik peluh sendiri jadi mcmtu. That is our first time facing that kind of situation. Aku ingat turun-turun je kete aku terus ckp "I want my old car. I want old car! Why u hit me??? Can't you drive carefully? Don't you see the traffic jammed on the road??" Aku rasa bengang yang amat time tu. Akibat sikap kelam kabut dan tak berhati-hati orang lain kereta aku dan aku dan husband jadi mcmni. Bertambah bengang sister org yang langgar aku bang-bang kat muka. Siyes, kalau hilang kewarasan aku time dah lama aku tumbuk muka betina tu. Nasib husband by my side and he kept calm down me. And the father to a young man (person who hit my car) and idiot lady be kind to me and husband. Kalau tak, tak tau la apa jadi. Alhamdullillah lepas buat report segala mmg sah dia bersalah. Dan young man tu pn dah mengaku salah dia sebab kalut sgt. Dan aku dpt claim insurance dia. Tapi apa-apa pun even dah repair dan kembali asal, memory pahit tu tak mudah aku nak lupa. Dan syukur juga aku dan husband tak apa-apa. Memang pengajaran hidup sgt.


 
Month 2 (4-8weeks)

  • Rasa tak sedap badan masih maintain at this stage.
  • Selera makan masih ok-ok (read: 50-50).
  • Kadang-kadang termengidam jugak. Pernah sekali aku mengidam nak sangat makan Nasi Lemak Jati which is one of my feveret during study. Past 3-4 years.
  • Which is makanan budget kami masa berkawan dulu. huhu. Yela belum keje kan time tu. So harus jimat cermat. :p
  • Nasi Lemak Jati adalah Legend untuk budak-budak UITM Shah Alam ye. :)) Salah satu feveret food geng-geng aku juga. Pernah reunion semata-mata memasing teringin nak makan Nasi Lemak Jati ni.*Ops! Sorry dah terlajak cerita Nasi Lemak Jati pulak. Ok! Fine. Kita STOP pasal kisah Nasi Lemak Jati ni. ;p . This story boleh refer pada entry aku yang lepas : http://lemonlavendercaramel.blogspot.com/2012/10/nikmat-hidup-mommy-to-be.html 
  • Rasa muntah-muntah dan mual-mual dah mula ada.
  • During this stage, aku rasa mudah sangat letih, tak larat, sampai satu tahap lepas je balik keje terus aku lay down kat katil. Memang tak larat sungguh! Ayat je lay down, tapi hakikatnya aku dah dibuai mimpi siap. To that extend, suami terpaksa kejut aku tukar baju keje and solat maghrib isyak. Klo tak sah-sah aku terlajak solat je la. ~.~ (ada many days aku tak mandi mlm during this stage sbb terlalu letih)
  • Dari minggu 4-8, adalah minggu-minggu yang aku terasa sedikit mencabar, Dengan keadaan kesihatan yang merosot sgt.
  • Aku demam. Aku selsema. Aku batuk. Batuk yang teruk. During this period, aku batuk-batuk sampai termuntah. Sampai satu tahap aku paling tension tengah terberey tu la tekak aku gatal gila-gila. Mengganggu konsentrasi betul! Tak selera aku nak berhadas besar. Puiii.


Aku ingat lagi, satu hari lepas balik keje tetiba tekak rasa nak makan something. And suami pun bawak la aku pegi mydin, tak silap aku terasa nak makan nugget or something camtu la. Masa tu baru lepas hujan. Since otw dari office aku rasa mual dan sakit kepala sangat. Tapi aku tahankan je. Badan pun rasa tak sedap. Sengal-sengal. Agak suffer. Lepas je turun kereta, kat parking Mydin tu jugak dan-dan terus terkeluar segala isi perut aku. Wek-wek la jwpnya! Makanan yang aku makan lunch time tu sume kuar. Huhu. Sebab i could saw sebijik-sebijik keluar. The food langsung tak terhadam! Yang sayurnya pun sume kuar. Tak cukup kat mulot, kat hidung pun dia nak keluar jugak walau tak muat! Tetiba aku rasa macam something. Hidung rasa kebas and panas. Tengok atas tanah, menitik-nitik darah. Aku dah gelabah. Ya Allah dugaan apakah? Aku mintak tisu and lap-lap mulot kesan bekas-bekas muntah tu, terus husband aku cadang bawak aku p klinik just beside Mydin tu. Masuk je aku mintak terus jumpa dgn doc. Tapi doc tak accept. Dia suh kitorg direct pegi HKL. Nasib aku boleh bertenang lagi saat tu. Husband terus cadang utk pegi Hospital Danau Kota je. Nak ke HKL waktu-waktu peak hour dlm keadaan mcmni jam berapa nak sampai walau dekat. So lupakan saja. Pegi-pegi bukan Dr. Razali yang on duty. ahh! Pity me! I met a doc yang terpisat-pisat baru bangun tido. Aku n husband pun ding-dong-ding-dong cerita. At the end, he answered, its normal for pregnancy women. I couldn't say this and that. Different mommy-to-be different simptoms. Ummpphhh. Dia check ada-ada je. Tu pun aku mintak dia check tekanan darah segala. Klo tak, hmmpphh.. nan ado agaknya. Pastu dia just nak bg ubat muntah segala. Aku refuse to take sbb for sure aku takkan makan. Sebab in my head, that kind of medicine not good for my baby. For sure there is chemicals thingy even a bit. I won't allow it enter to my tummy. Baby consume what his mother consume.

  • Memang tak tipu, at this period aku banyak MC. 


Month 3 (9-12 weeks)

  • Rasa tak sedap badan masih wujud.
  • Demam dah mula kebah sikit.
  • Selsema batuk masih lagi heavy. Sok-sek-sok-sek je hidung. Bersin tak usah ckp.
  • Kahak sangat banyak. Dengan hingus hijaunya. haha. Tau-tau jela kalau hingus pon dah hijau gitu kan.
  • Bangun pagi tekak rasa tak selesa sangat. Gosok gigi sental lidah untuk keluarkan segala lendiran itu wajib.
  • Pernah kawan aku cerita during dia pregnant dia akan muntah air liur sahaja. Air liur pekat & pahit! Saat ni lah aku rasa benda tu. Mandi pagi dlm toilet tak wek-wek tak sah. Hilang rasa malu aku beb! huhu. Dah la serumpun dengan FIL. wek-wek gitu pulak kan. huhu. Memang tak pikir apa dah waktu ni. Yang penting tekak aku selesa.
  • Selera makan masih merudum. To that extend aku tak mkn malam sebab tak selera. Asal telan je pape nak muntah.
  • Banyak sangat memory during this period. Muntah di tempat awam adalah perkara biasa bagi aku.
  • Muntah dalam kereta apatah lagi.*plastik adalah menjadi benda paling berharga during this emergency.*


Pernah aku teringin nak makan popia goreng kat Pasar Malam Melawati. Sebab tu je yang kena dengan tekak aku. Otw dari parking ke Pasar aku dah tak leh tahan rsa mual. Kau bayangkan, dengan batuk-batuk dengan rasa mual lagi, memang booster sangat untuk aku muntah apa yang patut. Banyak kali sebenarnya aku termuntah sebab gigih nak pegi Pasar malam Melawati tu,



  • Period ni aku dah tak tahan nak hadap jammed. Actually dari week 6-8, then masuk week 9-12 lah kiranya. Paham-paham jelah. Balik kerja kalau lalu kat Sg besi and Jalan Istana terus ke Jalan Kuching tu, tak sah klo takde jam kan. Plastik adalah perkara wajib aku standby dalam poket pintu kereta. ITS A MUST! Pernah sekali stock plastik aku lupa nak topup. Tetiba ptg balik keje aku mual tahap gaban, which I could'nt hold anymore. Menggelabah husband aku godeh-godeh cari plastik. Nasib ada plastik bag barang apa ntah *tak ingat*. Muntah la aku kat kat plastik tu. huhu. Asal balik keje sure aku lay down seat supaya mata aku tak hadap jammed kat depan tu. Husband aku paksa aku untuk tido. Bila aku lelap aku lupa kejap pasal batuk, pasal mual, pasal muntah sume tu. Tido pon tak lena mana. Dengan tersenggut-senggut kete aku bergerak. huhu.
Pernah ada satu insiden, ntah apa tak kena dengan jln kat KL waktu tu. Exit je tol Sg. Besi jalan dah packed sangat!!! Selit jalan ni pun jammed, jalan tu pun jammed. Husband decide masuk Smart tunnel. Ingatkan dah smart enough in making a decision. Rupanya after 1km dlm Smart tunnel pun dah jammed! Jam dah dekat kul 7mlm. aku dah tak tahan sangat nak terkencing, Dengan jammed, dengan aku yang serabut mmg aku rasa haru sgt time tu. Redah-redah husband aku masuk opposite lane dan make a uturn kat jalan yang tak sepatutnya. Time tu dah gelap. Tak pasan depan ada Polis trafik. Dan-dan kena tahan! huhu. Husband terus je lantang jawab, Sorry tuan, wife saya pregnant tak tahan nak terkencing dah! haha! Syukur lepas! Terus aku ckp *bravo la you sayang! *. Rupanya husband aku terspontan ckp gitu sebab pikirkan aku yang nak terkencing sgt ni. haha. Mana lagi nak tuju klau bukan Petronas kan? Sebab itu jela pilihan yang ada untuk menikmati saat melakukan hadas kecik or besar dengan toilet yang percuma dan bersih. Unfortunately, sampai kat Petronas nearby Jalan Pudu, toilet ROSAK! Aduhai. Jalan dah kepit-kepit. Nasib lah ada masjid depan Petronas tu. Seram jugak aku nak guna toilet kat Masjid tu. Sebab toilet perempuan jauh dari kawasan org ramai. Area tu agak sunyi. Meremang jugak. Toilet mmg bersih, Aku tawakal jela. Kelam kabut jugak aku kat dlm tu. Lepas je hajat bunyi azan isyak. Sah-sah aku dah terlajak Maghrib. hmmph. Rasa bersalah yang amat!

Rupanya baru aku tau, haritu KL hujan lebat and ada a few places banjir. Perot dah mintak untuk diisi. Terasa lapar gila-gila. Husband singgah kedai makan kwn dia. This was our first attempt. His friend said, don't pay anything dia belanja since ktorang first time. haha. Syukur. Rezeki hari tu. Puas meredah jammed sampai rumah dekat pukul 10 MALAM. Can u imagine dari pukul 5 PETANG -10 MALAM baru aku nak sampai rumah. Malam tu sampai rumah solat basuh muka n kaki terus aku hanyut lah. PENAT sgt-sgt. 
  • Sepanjang pregnancy dari month 1 up to month 3, minyak kapak / balm CNI adalah best friend. Actually banyak kali minyak kapak aku lost sebab aku letak merata and missed placed. Beli banyak kali dah kot. Dan sekarang Balm CNI yang wujud dlm handbag. Minyak kapak aku ntah mana hilang! haha.

At this month baby was so lucky, sebab having experienced fly high to the sky. :) It was a family trip to Medan, Indonesia. Alhamdullllah everything went well even ada some part aku tak selera nak makan. But overall I enjoyed my 2nd time holiday in Medan,Indonesia. First time aku pegi dengan BFF, now dengan Husband and FIL. Different feeling anyway. Sepanjang dlm flight boleh pegang tgn husband! teehehe... Bergambar boleh hugging dengan husband. hehe. :))
  • Oh yes, forgot, during this period to be exact, early week of month 3, aku tak boleh nak telan nasi. Nak jamah nasi buat aku rasa nak muntah sangat-sangat. Padahal, nasi is a MUST dalam hidup harian aku. Tapi pelik, waktu tu nak bau nasi pon aku nak termuntah. haha.
 
Fuhh! Seronok bercerita tak sedar dah panjang lebar.
And now am officially entering the 2nd Phase of pregnancy. Eager to experience it. It just 2nd week of 2nd phase. Dah a few times terbang ke sana sini. The latest ke Bali. will story on this later ya! 
chiaow! :)

Got to go now, cerita ADAM HAWA dah start !


Daa...

1 comment:

Icah Banjarmasin said...

Nice article really I like it..happy nice day 4U and keep in touch.

Popular Posts

JOURNEY OF ♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahmad Darweesy

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Arissa Nur Dalily

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers