Tuesday, December 04, 2012

Macaroni Bakar & Resipi

Refer to latest post, ada cerita kisah macaroni bakar ni. So now we go, aku nak share resipi pulak since a few friends request for it. :)


Jom tengok penyediaan Macaroni Bakar yang cukup-cukup mudah.

Dah lah mudah, dengan melting cheese on top, ditambah pulak mayo & chili sauce memang berdesup-desup makan! :)


Macaroni Bakar

Resipi kali ini aku amik dari blog Kak Ita. Terima kasih kak for sharing this wonderfull recipe!
Untuk pengetahuan blog kak Ita is one of my favourite cooking blog. :)

Resipi ini pun Kak Ita derhakakan dari resipi dua blogger :) : Mat Gebu & DilaOhDila

Bahan-Bahan Utama
250 g makaroni, direbus dengan satu sudu minyak hingga lembut, toskan.
250g ayam cincang, dibersihkan *nak gunakan daging pun boleh
4 ulas bawang *dipotong dadu halus / ditumbuk
2 tangkai lada merah, dihiris tegak *nisa buang biji
1 tangkai lada hijau, dihiris tegak *nisa buang biji
1 tin cendawan butang, cuci dan dihiris nipis
2 batang cheese sosej (Ayamas) *dihiris nipis, nisa tambah
1 1/2 labu bawang besar *dipotong dadu
2 sudu besar rempah kari *kacau dengan sedikit air
1/2 cawan potongan daun kucai
kepingan keju cedar secukupnya *disiat-siat & nisa guna cheddar cheese kraft
garam & gula secukup rasa


Kastard
5 biji telur gred A
200 ml susu cair *nisa guna freshmilk duthlady
2 camca teh tepung gandum
1 camca teh gula
1 camca teh garam

Cara-cara Masak
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga wangi.
2. Tumiskan bawang besar yang dipotong dadu sehingga layu sedikit.
3. Masukkan serbuk kari yang dah dicampur dengan sedikit air.
4. Masukkan ayam cincang dan masak hingga sempurna.
5. Masukkan cheese sosej, lada merah, lada hijau, cendawan yang sudah dipotong dan gaul rata. 
6. Masukkan garam & gula secukup rasa diikuti dengan macaroni dan digaul sempurna.
7. Taburkan potongan daun kucai dan gaul rata.


Penyediaan Kastard
1. Dalam bekas lain, pecahkan telur satu per satu kemudian baru campurkan bagi mengelak tercampur dengan telur tembelang.
2. Kacau telur dengan menggunakan whisk, campurkan dengan susu cair, tepung gandum, garam & gula, whisk hingga sebati.


gambar sendiri

gambar sendiri



Ready to Burn
1. Ambil loyang yang bersesuaian size dan sapukan dengan butter dipermukaan.
2. Dalam satu bekas lain tuangkan macaroni yang dah siap dimasak dan satukan dengan kuah kastard, gaul rata.
3. Panaskan oven pada suhu 180C.
4. Kemudian tuangkan kedalam loyang dan ready untuk dibakar.
5. Bakar selama 25minit atau sehingga masak. (sebab bergantung pada ketebalan macaroni di dalam loyang)
6. Nisa bakar dengan menggunakan api bawah 25 minit dan buka kedua-dua api 5minit dan kemudian api atas sahaja 5minit.


Jenguk-jenguk tingkap oven, dah masak then dah boleh ready untuk makan. Before makan chill dulu, kang terbakor mulot!

Kak Ita, mohon pinjam hasil Macaroni Bakar ni ye...


Selamat mencuba!

No comments:

Popular Posts

JOURNEY OF ♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahmad Darweesy

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Arissa Nur Dalily

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers