Friday, November 30, 2012

Kegigihan. nothing much i could do. :")

4 hari yang lepas, aku tak sempat nak plan apa-apa. Ya, 4 hari yang lepas adalah birthday husband. Sehari sebelumnya aku sakit perut sebu yang amat. Ni mesti sebab makan durian terlebih dossage! Hari Jumaat ritu mak mentua beli durian depan ofis, katanya murah. Aku memang hantu sangat dengan durian. Jadi hari tu je aku dah bedal banyak. Lepas seulas seulas lagi. Sampai puas lah! Tak beringat yang durian tu PANAS! Time ni steady lagi.


Hari sabtu pagi sepatutnya aku balik Johor. Tetiba husband kena kerja pulak. Ada urgent matters kena settle down katanya. So, si isteri ni pun redha jela... Husband siap cakap, takpe, nanti balik kita singgah Melaka beli coconut milk shake kegemaran u tu k. So aku pun rasa terubat kat situ. Sudahnya sampai ke pukul 7 ptg husband tak balik-balik lagi. Coconut milk shake kegemaran aku ntah kemana. Pujuk hati, takpelah lain kali boleh makannnnn... "Gigih betul husband aku nih". Terdetik dalam hati. Seharian takde dia kat rumah aku jadi tak tau nak buat apa. Sudahnya aku back to back basuh baju. Aku pulak kalau basuh baju sangat particular. Tu yang jadi 5,6 kali aku basuh baju. Sampai ke pillow case and blanket pun aku basuh. Satu hal disogok dengan cuaca yang sangat-sangat cantik. Panas, walaupun pagi tu renyai sikit. Alhamdullillah. Lengang bilik. Husband balik je semua dah settle. Siap berlipat. Tenang hati aku nak balik kampung. Almost 7.30pm baru husband balik, rest kejap dalam kul 8.30 gerak. YEAY!




Sebelum balik sempat lagi singgah beli durian sebab nak bawak balik bg mak ayah. Kebetulan adik badik lain ada kecuali abg aku, so aku pun apa lagi, memborong lah jugak. Sebab durian dia cantik2 dan harga pun resonable sangat. Belum pun sempat nak hidup enjin kete tokey tu duk tabur sebakul manggis baru pulak. Keluar balik dari kete dan borong manggis sekali. Pun murah jugak! hihi.




Ahad pagi tu, pagi-pagi lagi aku dah hadap durian. Kata pun hantu kan. Mak dah pesan banyak kali. Makan kawal. huhu. Aku ni duk tak heran je ckp mak aku. Sudahnya aku rasa tak sedap badan dah. Tekak pun dah rasa lain macam. Masih bertahan lagi. Dalam kul 12.00thari kitrong nak p hantar cousin aku bersanding. Kat kenduri je aku dah tak lalu nak makan. Balik rumah petang tu aku dah rasa mual gila tekak. Ngadu kat mak, dia suh aku banyak minum air masak. Minum lah aku air masak ntah baper banyak aku minum. Sebabnya, selang stgh jam aku nak terkucil. Jenuh p lari kuar masuk toilet je. Kul 5 petang baru gerak balik kl dengan perut yang sebu dan kepala yang menoneng!




Tak sampai Muar lagi aku dah cakap kat husband mintak stop mana-mana Petronas aku nak terkucil. Bersabar je la nakkk dengan penangan durian ni.. huhu. Tu la tak dengar cakap orang tua lagi.. kan dahhhhh..... Lepas je hajat, husband suh aku tido supaya dapat rilex sikit, klo tak mulot aku ni merengek sakit je tak benti. :p




Tau-tau je dah sampai tol sg.besi, sedar2 aku rasa nak terkucil gila. Ingat makin tenang lah perut ni, rupanya makin worse, dengan jalan jam, belum sempat sampai rumah aku dah muntah selambak dalam kete. Nasib ada plastik bag. Sejak mengandung ni, plastik beg memang kena standby dlm poket pintu kete. Sebab hari2 balik keje, kalau perut aku meragam macamnila penyudahnya memang aku akan muntah selambak. So better play safe.




Sampai rumah dengan lembiknya, kul 9.30 mlm aku dah lelap. Penat kerah tenaga memuntahkan isi perut tadi. huhu. Makan malam pun sempat jamah dua tiga suap, tu pun kacau husband punya. Konon beli nasi beriani bp nak makan buat dinner. Nasib beli sebungkus je. Kalau tak sure bazir.




Bangun pagi Isnin, aku rasa lembik gila dan kepala berdenyut-denyut huhu. Aku memang tak perasan sungguh sbb duk layan sakit perut malam tu. Pagi tu tengah siap-siap nak pi keje husband cakap, "Isteri pun dah tak ingat nak wish kat kita...". Aduh! Terus tepuk dahi sendiri. Sorryyyyy dear.. alahai tacing i ok.. Apa lagi sakit perut aku jadikan alasan. Tapi memang betul pun, sebab sakit perut aku tertido awal dan buat aku lupa. Again sorry sayang!!!



dan-dan tu capai tangan husband and wish. hihi... Semuga usia dipanjangkan, dimurahkan rezeki kita satu keluarga, dan semuga kasih sayang antara kita sampai ke syurga Allah. :) *hug deep-deeppp*




Aku tak tau sungguh nak bagi gift apa. Memandangkan budget kami adalah untuk trip yang akan datang ni. Setelah puas pikir, aku nak masak something diffrent yang aku tak pernah buat dan teringin nak buat. hihi. Akhirnya "Burn Macaroni" *saje je nak gedik sound western kat situ! atau layman cakap Makaroni Bakar.



Alhamdullillah, menjadi belum baked lagi pun husband dah makan dulu, and katanya this is my fav. Oh! now i know.. hehe. Tak tersalah pilih la nampaknya. Blessed!
Masak-masak ceng..ceng...cenggg.. kat dapur tgk2 jam dah almost kul 1pg. pukul 1 pagi baru siap!


Burn Macaron before baked. Pics after baked tak sempat nak amik, tau-tau dah licin. :p


Fuhh... what a long story. :)


Happy wife with a big belly.



Till then. Bye!

No comments:

Popular Posts

JOURNEY OF ♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahmad Darweesy

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Arissa Nur Dalily

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers