Monday, March 07, 2011

Nasi Lemak & Sambal Ikan Bilis&Telor & Ikan Goreng Berempah

Assalamualaikum sumeeee!!!!

Semalam mood nak makan sambal ikan bilis jerrr...huhu...apecer nih weh? after had a short conversation with acik and aza kat comment fb depa la nih...duk bercerita psl sambal ikan bilis cicah dengan  ubi rebus teros je cik nisa punye ayaq liuq meleleh...kekeke;p terkenang2 kat sambal tumis ikan bilis... pastu terus duk pikir apa yg ade dlm fridge. then baru teringat aritu punya kelapa masih ada. hehe... ade chan la nak pekena nasi lemak and sambal telor rebus goreng bersambal tumis ikan bilis. teringat pulak pada ikan selar kuning yang masih ade 2 ekor dlm freezer. mmg ngam2 sgt nak masak untuk 2 org...hihi....yelah 2 org! pelik???terpikir2???!!! haha...xyah nak pelik2 sgt lahhh~ xyah nak pikir2 sgt lahhh~ ok berbalik pada ikan selar kuning tu. teros aku terasa nak buat ikan goreng berempah. selalu asek2 nak ayam je goreng berempah. ikan pon boleh gaks! hehe....


bersmgt ko aku nak memasak bekfes nasik lemak nih. pepagi dah bangon dah. selalu klu time ahad mmg kul 8 or 9 lebih baru bangun klu perot xrase lapar! klu lapar mule lah... mengiring kanan..mengiring kiri. mata tetap xleh nak lelap!huhu...

jums cekidout menu cik nisa ari ahad smlm...sbb sakan sgt nak makan nasi lemak bersambalkan telor rebus goreng bersama ikan bilis nih teros lupa nak amik waima sekeping pon picas menu smlm! ohh!! sunggoh ko kebulor! haha... nasib ade baki sambal tumis tu. sempat gak aku snap td! wahh! TADI baru nak amik picas. nasib la elok lagi. siap boleh buat lempeng kot td. cicah ngan sambal tu...nyummmm...nyummm...:)


jom kite terus ke recipe Cik Nisa:

belas ihsan cik gugel. tapi yang picer blakang tu original air tangan Cik Nisa ok!
tinggal sambal je. lain2 dah habis masok perot! harap maklum.

recipe di bwh untuk 2 org mkn ye. 


NASI LEMAK
bahan-bahan:
1 btg serai*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1/2 biji bwg besar --> belah 3
2 cwn beras
santan --> sama paras beras--> yang ni Cik Nisa blend sendiri dr 1/4 biji kelapa.
secubit garam

*ketok dgn lesung. cukur sekadar nak pecahkan serai tu

Cara-Cara memasak:
  1. basuh bersih beras (Cik Nisa basuh 3 kali). kemudian masukkan semua bahan yang diketok dan bawang besar, secubit garam dan kemudian tuangkan santan mengikut ketinggian beras.
  2. akhir sekali bolehlah masak nasi tersebut. Cik Nisa pakai periuk letrik. so tekan je button n tgu sampai masak. lepas nasi almost kering korek2 sikit pakai senduk nasi. Siap.


SAMBAL TUMIS TELOR REBUS GORENG BERSAMA IKAN BILIS

Bahan-bahan:
5-6 biji bwg kecil*
5-6 ulas bwg putih*
1-2 bii buah keras*
sejemput udang kering*
5-7 sudu lada boh
1/2 sudu asam jawa --> dibancuh dgn 1/2 cwn air
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
1/2 biji bwg besar --> dimayang
sejemput ikan bilis --> digoreng garing
2 biji telor --> direbus, buang kulit dan goreng sekejap

* bahan2 ini perlu diblender

Cara-Cara masak:
  1. panaskan 4-6 sudu minyak (bergantung pada kuantiti bahan kisar). gorengkan ikan bilis dan telor rebus. ketepikan. masukkan bwg besar yg dah dimayang. biar kekuningan kemudian masukkan bahan kisar. tumis hingga garing dan pecah minyak. masukkan lada boh. tumis hingga pecah minyak. masukkan sos tiram, sos cili, gula melaka, sedikit garam. gaulkan sebati dan tumis hingga pecah minyak. masukkan air asam jawa. jika perlu tambah 1/2 cwn air. biarkan mendidih dan pecah minyak. kemudian masukkan ikan bilis dan telur goreng. gaul rata dan boleh dihindang.

IKAN GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:
1 sudu rempah Nur'ain(campuran rempah ketumbar, jintan yg sedap. rempah pelbagai guna. next n3 saya akan upload rempah tersebut.)
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu rempah kari
2 sudu tepung beras
4 ulas bawang putih --> ditumbuk halus
2 ekor ikan sela kuning

Cara memasak:

selar2kan ikan. gaulkan dengan 2cubit garam. gaulkan dengan bwg putih tumbuk. campakkan semua bahan dan gaul rata. klu perlu sedikit air just letak sekdar cukup nak gaulkan ikan dgn bahan2 td. perap dlm 10-15 minit. kemudian goreng dgn minyak yg cukup hingga garing.




sekian sesi masak-memasak pada kali ini. 
sehingga berjumpa lagiiiiii~~

pecah kaca, pecah cermin,
dah baca, sila Comment...

No comments:

Popular Posts

JOURNEY OF ♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahmad Darweesy

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Arissa Nur Dalily

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers